Aircond & Microwave Selalu Trip Satu Rumah di Shah Alam?
Minggu lepas, kami dapat panggilan dari seorang pemilik rumah di Shah Alam yang tengah frust gila. Setiap kali dia nak buka aircond kat ruang tamu, satu rumah terus blackout. Yang lebih pelik, microwave pun boleh buat rumah trip. Bayangkan, tengah nak panaskan makan malam atau nak sejukkan bilik tiba-tiba semua lampu padam.
Keluarga tu cerita malam tu memang sangat mencabar. Biasanya lepas makan malam, mereka lepak sama-sama kat ruang tamu mak ayah layan TV, anak-anak main piano. Tapi malam tu, rumah jadi panas, gelap dan senyap sunyi. Anak-anak tak boleh nak praktis piano, TV tak boleh buka, semua duduk berpeluh dalam gelap. Mereka cuma nak satu je masalah ni cepat-cepat selesai, supaya boleh hidup macam biasa balik dalam rumah yang selesa dan selamat.
Apa Sebenarnya Berlaku Bila Satu Rumah Tiba-Tiba Trip?
Kebanyakan orang bila rumah blackout terus fikir,
“Alamak, MCB rosak kot?”
“Atau kotak DB dah lama sangat?”
Tapi sebenarnya, MCB tu tengah buat kerja dia dengan betul. Dia memang direka untuk trip bila ada beban berlebihan (overload) atau litar pintas (short circuit) untuk lindungi pendawaian rumah dan elak benda lebih serius macam kebakaran.
Sekiranya buka satu je peralatan (macam aircond atau microwave) tapi satu rumah terus trip, biasanya puncanya ialah:
- Wayar neutral & live dililit atau “short cut” dalam wiring
(Kadang-kadang wiring lama atau kerja tukang dulu ambil jalan mudah) - Terlalu banyak peralatan berat guna satu litar breaker yang sama
(Contohnya aircond, microwave, peti sejuk semua masuk satu breaker) - Sambungan wayar longgar atau tak kemas
(Ini boleh sebabkan arus tak stabil, mudah trip) - MCB jenis murah atau pemasangan tak ikut standard
(Breaker yang tak berkualiti senang rosak & cepat panas)

Taktik Kotor Yang Sesetengah Kontraktor Pendawaian Buat
Ini perkara penting yang pemilik rumah di Shah Alam perlu tahu. Ada sesetengah kontraktor pendawaian ambil jalan mudah semata-mata nak cepat siap dan jimat kos. Tapi malangnya, cara mereka tu boleh bahayakan keselamatan rumah.
Contohnya:
- Neutral wire disambung secara loop dari satu litar ke litar lain sepatutnya kena buat pendawaian berasingan untuk setiap litar.
- Kami juga jumpa wayar hidup (live wire) yang di-loop sesuka hati. Contohnya semua point kipas kat ruang tamu, dapur dan ruang makan disambung dalam satu line yang sama.
- Bila kami periksa lebih dalam, memang jelas wireman sebelum ni banyak buat shortcut.
➤ Neutral wire di-loop antara litar.
➤ Poitn kipas semua disumbat dalam satu litar.
➤ Lebih teruk wayar bumi (earth wire) untuk peralatan rumah dan plug point pun di-loop sekali!
Yang Paling Bahaya: Looping Wayar Bumi (Earth Wire)
Ini antara trik paling merbahaya yang wireman boleh buat.
Kalau berlaku litar pintas atau kebocoran elektrik, wayar bumi sepatutnya jadi ‘penyelamat’ utama untuk lindungi anda dari renjatan atau kebakaran. Tapi kalau wayar bumi dah di-loop dan tak ikut standard, sistem perlindungan tu takkan berfungsi bila diperlukan!
Paling menakutkan dari luar semua nampak kemas, kotak DB nampak elok. Tapi di belakang dinding, pendawaian tu ibarat bom jangka tunggu masa nak meletup.
Kenapa Harga Paling Murah Tak Semestinya Yang Terbaik
Kami selalu ingatkan pelanggan di Shah Alam ni perkara penting ni:
Memilih juruelektrik yang paling murah mungkin boleh jimat RM200–RM300 sekarang. Tapi sebenarnya, dalam jangka masa panjang, ia boleh buat anda kena lebih banyak kos dan masalah.
Kami pernah tengok kes-kes macam ni sebab kerja “budget”:
- Soket melecur sebab wayar terlalu panas
- Peralatan rumah cepat rosak dan hangus
- RCCB dan MCB rosak dalam beberapa bulan je
- Pendawaian loop yang buat satu masalah kecil pun boleh buat seluruh kotak DB terpadam
Kalau bab keselamatan keluarga, jangan sesekali ambil mudah atau potong kos. Memilih yang murah tapi tak betul, akhirnya boleh bahaya diri sendiri dan orang tersayang.
Cara Elak Masalah Ni
- Pastikan alat elektrik berat macam aircond, pemanas air, oven, dan microwave ada MCB khas sendiri.
- Selalu periksa kotak DB anda untuk sambungan yang longgar atau tanda hangus.
- Gunakan MCB, RCCB, dan pendawaian yang berkualiti jangan pilih yang paling murah je.
Jangan Tunggu Sampai Terpadam Lagi!
Kalau aircond atau microwave selalu buat seluruh rumah terpadam, jangan pandang remeh. Itu tanda pendawaian anda mungkin terlalu berat atau tak selamat.
Call Alex sekarang di 012-870 2699 untuk bantu cek dan baiki masalah di Shah Alam. Kami akan periksa kotak DB anda, asingkan beban dengan betul, dan pastikan rumah anda selamat serta stabil.
Ingat: lebih baik labur sekali untuk pendawaian yang betul daripada risiko kebakaran, kerosakan peralatan, atau malam tanpa elektrik yang tak berkesudahan.



