Barang Elektrik Rasa Ada Current Bila Pegang?
Pernah tak bila pegang barang elektrik dekat rumah, tiba-tiba rasa macam ada electric current atau renjatan kecil pada tangan? Mula-mula mungkin kita fikir benda tu biasa. Kadang-kadang rasa macam semut-semut, rasa mencucuk sikit atau ada getaran halus bila tangan sentuh badan peralatan elektrik. Tapi sebenarnya, perkara macam ini tak patut dibiarkan, terutama kalau ia berlaku berulang kali.
Situasi seperti inilah yang berlaku kepada Puan Sarah dari Kajang.
Masalah Electric Current Di Bahagian Dapur Rumah
Baru-baru ini, Puan Sarah perasan sesuatu yang pelik di bahagian dapur rumahnya. Setiap kali beliau menggunakan beberapa barang elektrik di dapur, beliau kadang-kadang boleh rasa seperti ada arus elektrik pada badan peralatan tersebut.
Pada awalnya, beliau ingat mungkin tangannya yang terasa pelik. Jadi beliau cuba lagi pada masa lain. Tetapi rasa seperti ada current itu masih berlaku. Benda ini mula membuatkan Puan Sarah rasa tak sedap hati. Maklumlah, dapur merupakan tempat yang banyak menggunakan peralatan elektrik. Ada peti ais, mesin basuh, microwave, water heater, kettle, oven dan macam-macam lagi bergantung kepada keadaan rumah.
Kenapa Barang Elektrik Boleh Rasa Ada Current?
Sebenarnya, rasa seperti ada electric current pada badan peralatan elektrik boleh berlaku atas beberapa sebab. Antaranya mungkin berkaitan dengan masalah wiring, sambungan elektrik yang kurang baik, kebocoran arus, masalah pembumian (earthing) atau kerosakan pada peralatan elektrik itu sendiri. Tetapi kita tak boleh terus teka puncanya hanya berdasarkan rasa yang kita alami.
Pemeriksaan perlu dibuat oleh orang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam kerja-kerja elektrik supaya punca sebenar dapat dikenal pasti. Lebih-lebih lagi kalau masalah berlaku di kawasan dapur yang mempunyai banyak peralatan elektrik dan kadang-kadang berdekatan dengan air.
Mula Cari Wireman Di Kajang
Disebabkan rasa risau, Puan Sarah mula mencari wireman di Kajang yang boleh membantu memeriksa masalah tersebut. Beliau mahukan seseorang yang boleh datang melihat keadaan wiring dan mengenal pasti kenapa peralatan elektrik di dapur terasa seperti mempunyai current.
Selepas mencari, Puan Sarah akhirnya mendapat nomborMr Electrician di 012-870 2699.
Beliau kemudian menghubungi Mr Electrician untuk mendapatkan bantuan bagi masalah elektrik yang berlaku di rumahnya.

Pemeriksaan Wiring Rumah Dijalankan
Apabila berdepan dengan masalah seperti ini, perkara yang penting bukan sekadar membaiki barang elektrik yang bermasalah. Punca masalah perlu diperiksa terlebih dahulu. Contohnya, wireman boleh melihat keadaan sambungan elektrik, wiring, soket, suis, pembumian dan bahagian-bahagian berkaitan untuk mengetahui sama ada terdapat masalah yang boleh menyebabkan kebocoran arus.
Dalam kes Puan Sarah, masalah tersebut memang membuatkan beliau lebih berhati-hati selepas menyedari ada rasa current apabila menyentuh peralatan elektrik di dapur.
Ini juga menjadi peringatan kepada pemilik rumah lain supaya tidak mengambil ringan perkara seperti electric shock kecil atau rasa bergetar apabila menyentuh peralatan elektrik. Walaupun renjatan yang dirasai nampak kecil, kita tidak sepatutnya menganggap ia selamat.
Jangan Abaikan Kalau Barang Elektrik Rasa Berarus
Kalau anda mengalami keadaan yang sama di rumah, jangan tunggu sehingga masalah menjadi lebih serius.
Contohnya, kalau bila pegang:
- Peti ais terasa macam ada current
- Mesin basuh terasa bergetar atau mencucuk
- Sink atau peralatan dapur terasa seperti ada elektrik
- Soket atau suis menghasilkan bunyi pelik
- Ada bau hangit daripada soket
- Plug atau socket menjadi terlalu panas
- Circuit breaker kerap trip
Adalah lebih baik hentikan penggunaan peralatan yang terlibat jika boleh dilakukan dengan selamat dan dapatkan pemeriksaan daripada wireman yang berkelayakan. Jangan cuba buka soket, tarik wayar atau baiki wiring sendiri kalau anda tidak mempunyai kemahiran berkaitan elektrik. Masalah elektrik bukan sesuatu yang sesuai untuk cuba-cuba.
Jangan Ambil Mudah Dengan Masalah Elektrik
Masalah barang elektrik rasa ada current bila pegang bukan sesuatu yang patut dianggap normal.
Walaupun rasa renjatan itu kecil, puncanya tetap perlu dikenal pasti. Masalah mungkin berkaitan dengan peralatan elektrik, soket, wiring, pembumian atau bahagian lain dalam sistem elektrik rumah.
Keselamatan keluarga di rumah adalah perkara paling penting. Kalau ada tanda-tanda masalah elektrik, jangan tunggu lama dan jangan cuba baiki sendiri jika tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi.
Hubungi: 012 – 870 2699
Pemeriksaan awal dapat membantu mengenal pasti punca sebenar masalah dan memastikan sistem elektrik rumah anda berada dalam keadaan selamat.





