Juruelektrik Subang | Wiring Elektrik, Repair & Upgrade Kotak DB

梳邦再也电工案例:开关突然冒火花,MCB 却没有跳电
August 28, 2026

Juruelektrik Subang | Wiring Elektrik, Repair & Upgrade Kotak DB

Juruelektrik Subang | Wiring Elektrik, Repair & Upgrade Kotak DB

August 28, 2026

Suis Elektrik Keluar Spark Tapi MCB Tak Trip di SS12 Subang

Masalah elektrik boleh berlaku bila-bila masa, walaupun masa kita tengah buat kerja biasa di rumah. Perkara ini berlaku kepada Encik Kamal dari Subang SS12. Pagi tadi, isterinya sedang menyediakan sarapan untuk anak mereka. Bila dia hidupkan kitchen hood, tiba-tiba ada spark keluar dari switch.

Isterinya terus berhenti guna switch tersebut dan beritahu Encik Kamal. Encik Kamal pun tahu masalah elektrik macam ini tak boleh ambil mudah. Dia minta isterinya jangan guna switch itu lagi dan mula cari electrician di kawasan Subang.

Dia call beberapa syarikat electrician, tetapi ada yang hanya boleh datang esok dan ada juga yang sudah penuh booking sampai minggu depan. Nasib baik, Encik Kamal teringat kepada Encik Alex, senior engineer kami. Encik Alex pernah bantu selesaikan masalah elektrik di pejabatnya pada bulan lepas. Encik Kamal dapatkan nombor telefon pejabat kami melalui admin dan terus call. Kami kemudian arrange electrician untuk datang periksa masalah tersebut.

Suis Keluar Spark Jangan Buat Tak Tahu

Bila sampai, kami periksa switch yang bermasalah, wiring dan sistem elektrik di rumah tersebut.

Antara perkara penting yang kami jumpa ialah MCB tidak trip walaupun switch telah mengeluarkan spark. Kami terangkan kepada Encik Kamal bahawa switch yang keluar spark bukan masalah kecil yang boleh dibiarkan begitu sahaja.

Ada beberapa sebab kenapa switch boleh keluar spark, contohnya:

  • Sambungan longgar
  • Suis sudah rosak atau terbakar
  • Wiring bermasalah
  • Fault pada sistem elektrik
  • Komponen elektrik yang sudah lama atau rosak

Ramai orang ingat kalau ada masalah elektrik, MCB mesti akan trip. Tetapi sebenarnya, MCB dan RCCB mempunyai fungsi yang berbeza. MCB biasanya membantu melindungi circuit apabila berlaku masalah seperti overload atau short circuit. RCCB pula membantu mengesan kebocoran arus ke bumi dan memberi perlindungan tambahan daripada risiko electric shock. Sebab itu, DB box yang mempunyai protection yang sesuai sangat penting untuk keselamatan rumah.

Kami Periksa Kotak DB, Wiring & Earthing

Kami periksa DB box, wiring dan sistem elektrik yang sedia ada. Selepas kami terangkan keadaan sistem elektrik kepada Encik Kamal, beliau membuat keputusan untuk upgrade DB box supaya sistem mempunyai protection yang lebih baik.

Kerja yang kami lakukan termasuk:

  • Check wiring elektrik
  • Check keadaan DB box
  • Upgrade DB box
  • Pasang RCCB yang sesuai
  • Check dan pasang MCB yang sesuai
  • Check earthing
  • Test sistem elektrik selepas kerja siap

Selepas semua kerja selesai, kami test semula sistem untuk pastikan semuanya berfungsi dengan baik. Encik Kamal lega kerana masalah tersebut sudah diselesaikan. Beliau juga berterima kasih kepada Encik Alex dan electrician kami kerana datang dengan cepat untuk periksa masalah elektrik tersebut.

Bila Ada Anak Kecil di Rumah, Keselamatan Elektrik Lagi Penting

Keselamatan elektrik adalah perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap keluarga, lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil di rumah. Kanak-kanak mungkin belum faham betapa bahayanya elektrik. Switch yang rosak, socket longgar, wayar terdedah atau peralatan elektrik yang bermasalah boleh menjadi risiko kepada mereka.

Kalau anda nampak perkara seperti:

  • Switch atau socket keluar spark
  • Ada bau hangit
  • Ada kesan hitam atau terbakar pada switch/socket
  • Wiring nampak rosak
  • MCB selalu trip
  • Terasa electric shock bila sentuh peralatan eletrik

Berhenti guna bahagian elektrik tersebut dan minta electrician periksa. Jangan tunggu sampai masalah menjadi lebih teruk. Untuk rumah lama pula, adalah bagus untuk check keadaan DB box, wiring dan earthing, terutama jika sistem elektrik rumah sudah lama tidak diperiksa.

Perlukan Electrician di Subang atau Kawasan Berdekatan?

Kami menyediakan servis seperti:

  • Electrical troubleshooting
  • Electrical repair
  • Wiring elektrik
  • DB box upgrade
  • MCB installation
  • RCCB installation
  • Earthing
  • Electrical inspection
  • Dan servis elektrik lain untuk rumah, pejabat, kedai dan premis perniagaan

Kami cover kawasan Shah Alam, Subang, USJ, Klang, Puchong, Cyberjaya, Petaling Jaya, Damansara, Cheras, Ampang, Bangsar dan kawasan sekitar Selangor serta Kuala Lumpur.

Kalau anda ada masalah elektrik atau nak check keadaan DB box, wiring atau earthing, boleh hubungi senior engineer kami Mr Alex di 012 – 870 2699.

Kalau suis keluar spark, jangan buat tak tahu. Lebih baik check awal sebelum masalah elektrik yang kecil menjadi masalah yang lebih besar dan membahayakan keluarga.

Related Post