Baiki Pendawaian Dapur Elektrik dan Mesin Basuh di Klang

巴生电磁炉与洗衣机线路维修
October 13, 2025
Microwave Wiring Repaired After Repeated Tripping in Shah Alam
October 13, 2025

Baiki Pendawaian Dapur Elektrik dan Mesin Basuh di Klang

Baiki Pendawaian Dapur Elektrik dan Mesin Basuh di Klang

October 13, 2025

Baiki Pendawaian Dapur Elektrik dan Mesin Basuh di Klang

Baru-baru ni kami pergi baiki masalah elektrik kat rumah pelanggan di Klang. Dia ada masalah masa guna dapur elektrik dimana suis tersekat, tak boleh tutup dan plug jadi sangat panas sampai susah nak cabut. Tengah masak pun tiba-tiba MCB trip, jadi dia kena naikkan balik untuk sambung guna.

Bila kami periksa pendawaian, memang nampak tak selamat. Wayar dalam plug dah cair sebab terlalu panas dan sambungan pun longgar. Dalam plug tu, wayar hidup dan neutral dah tersentuh antara satu sama lain dan penebat lapisan luar wayar pun dah rosak. Bila dapur elektrik guna kuasa tinggi, wayar tu jadi sangat panas sampai MCB terpaksa trip untuk elak bahaya.

Kami juga jumpa banyak litar yang dikongsi dan disambung sesuka hati dimana ada wayar yang ditarik dari pelbagai plug point, semua ni dari kerja kontraktor renovate dulu tanpa perancangan betul. Cara ni boleh sebabkan MCB kerap trip, wayar cepat panas dan paling bahaya, boleh jadi punca kebakaran atau rosakkan peralatan elektrik rumah.

Pendawaian Tak Selamat Dikesan di Plug Dapur Elektrik

Saya masih ingat lebih kurang lima tahun lepas, kami pernah tolong pelanggan ni buat semula pendawaian untuk water heater dan pasang satu RCCB Chint 25A (10mA sensitivity) untuk perlindungan tambahan. Sebab water heater guna kat tempat basah, memang wajib ada RCCB khas. Kalau ada sedikit je kebocoran arus, boleh bahaya tapi dengan RCCB 10mA ni, dia akan terus trip dan lindung daripada renjatan elektrik.

RCCB jenis NL1 ni berfungsi lindung daripada kebocoran arus ke bumi dan boleh selamatkan nyawa sebab dia akan potong bekalan bila ada masalah. Selain tu, dia juga bantu elak risiko kebakaran akibat penebat wayar rosak. Tapi kena ingat, RCCB ni tak lindung daripada beban lebih (overload) atau litar pintas, jadi dia kena guna sekali dengan MCB supaya sistem betul-betul selamat.

Masa kami periksa pendawaian dulu, keadaan memang teruk. Semua kerja dibuat oleh kontraktor renovate dan kami jumpa banyak wayar disambung sesuka hati, ada yang kongsi satu litar untuk banyak plug point. Kami dah nasihat supaya betulkan semua, tapi masa tu dia nak jimat kos, jadi kami cuma baiki pendawaian water heater dan pasang RCCB je.

Kami selalu pesan pada pemilik rumah jangan terlalu jimat bila bab pendawaian. Nampak macam boleh tahan sekarang, tapi nanti boleh jadi masalah besar macam MCB kerap trip, wayar panas atau paling teruk, kebakaran. Baik ambil juruelektrik tempatan yang berdaftar sebab biasanya mereka buat kerja kemas dan guna bahan berkualiti, macam kabel tahan lama dan jenama MCB yang bagus contoh Himel, EPS, Hager, atau ABB. Bila guna bahan yang betul dan kerja dibuat elok, pendawaian boleh tahan lama dan takkan ada masalah tripping atau wayar panas lagi.

Dapur Elektrik dan Mesin Basuh Guna Litar Sama

Mesin basuh pun terjejas sebab wayar dia disambung (loop) dari plug dapur elektrik, dua-dua jalan bawah satu litar yang sama. Cara macam ni memang tak selamat, lagi-lagi untuk peralatan yang guna kuasa tinggi. Bila dapur elektrik dan mesin basuh guna serentak, litar tu bawa arus terlalu banyak MCB boleh trip dan wayar jadi sangat panas. Lama-lama, penebat wayar boleh rosak dan boleh jadi punca kebakaran.

Kami selalu jumpa kes macam ni kat rumah yang pendawaian dia dibuat oleh tukang warga asing atau kontraktor renoate. Biasanya mereka buat macam tu sebab nak jimat kos kabel dan MCB. Tapi bila jimat bahan, akhirnya tuan rumah pula yang kena bayar lebih bila rosak nanti.

Sebenarnya yang paling selamat ialah setiap peralatan besar (macam dapur eletrik, mesin basuh, atau water heater) kena ada litar sendiri. Baru sistem stabil dan tak bahaya. Orang selalu cakap “nak murah punya harga, dapatlah kerja murah juga lor.”

Pembaikan Elektrik & Pemeriksaan Pendawaian di Klang

Sekiranya pendawaian rumah anda dulu dibuat oleh kontraktor renovate warga asing atau sekarang suis, soket, atau DB (distribution board) ada masalah, lebih baik panggil orang periksa betul-betul.

Kami buat kerja pembaikan elektrik secara profesional untuk semua jenis masalah termasuk MCB kerap trip, RCCB tak trip atau trip sendiri-sendiri, elektrik tiba-tiba terputus, alarm asyik berbunyi, peralatan elektrik tak boleh hidup, aircond atau water heater tak berfungsi, soket mati, plug berasap atau terbakar, MCB trip bila cucuk plug, DB atau MCB tak boleh on, suis utama rosak, lampu berkelip-kelip, suis panas atau berapi kecil, kipas tiba-tiba berhenti, voltan tak stabil, trip bila hujan, sampai la ke masalah blackout bila guna peralatan tertentu.

Kalau anda tengah hadapi mana-mana masalah ni, jangan tunggu lama call 012-870 2699 untuk tempah pemeriksaan elektrik profesional hari ni juga!

Related Post

March 3, 2026

🏮 家庭幸福团圆、元宵节快乐

🏮 家庭幸福团圆、元宵节快乐 元宵节象征着团圆与圆满,也代表新一年的美好开始。在这个传统节日里,家家户户张灯结彩,共同分享喜悦与祝福。 Tronica Engineering 在此祝大家事业顺利、家庭幸福、财源广进!愿灯火长明,好运常伴。同时,我们也提醒大家关注电力系统的安全与稳定。节日期间用电设备增加,电路负荷上升,如果发现电箱跳闸、电压不稳、电线发热或电器异常等情况,请及时进行检查与维修。小问题若忽视,可能带来更大的安全隐患。 我们提供专业电力系统检测、维修与紧急抢修服务,团队经验丰富,随时准备上门检查与处理问题,确保用电安全无忧。 📞 电话:012-870 2699📲 WhatsApp:https://wa.me/60128702699🌐 www.mrelectrician.com.my感谢大家一直以来的信任与支持!