Rupanya Bukan Punca Pemanas Air, Tapi Pendawaian
Minggu lepas, kami terima panggilan dari seorang pemilik rumah di Jalan Klang Lama. Dia kata pemanas air (water heater) rumahnya ada masalah dimana setiap kali cuba buka, suis terus trip. Katanya lagi, dia dah pun panggil technician dari pihak pengeluar pemanas air dan technician tu sahkan water heater tiada masalah. Jadi, pelanggan cuma nak alih suis water heater dari bilik kedua ke ruang tamu kecil, supaya bilik ketiga pun boleh kongsi suis yang sama. Dia siap cakap, pagi tu dia masih guna water heater tu untuk mandi semuanya okay, katanya.
Tapi bila kami sampai ke lokasi… cerita dia lain terus. Masuk je rumah, kami bau benda terbakar. Bila tengok dekat-dekat, suis water heater dah hitam terbakar. Nampak sangat ada yang tak kena. Kami pun minta nombor telefon technician yang datang sebelum ni, sebab nak sahkan betul ke heater okay. Mula-mula, dia tak nak bagi. Cuba elak dan pusing-pusing cerita.
Sebenarnya, masalah bukan terletak pada heater tu sendiri, tapi pada wiring yang dah rosak atau suis yang overload. Luaran nampak okay, tapi bahaya tu dah ada dalam dinding. Kalau dibiarkan, bukan setakat boleh rosakkan barang elektrik boleh jadi punca kebakaran. Kami terus terang cakap kalau tak nak beri nombor, kami keluar saja dari situ. Akhirnya, dia terpaksa beri juga nombor tu.
Dari awal lagi, kami dah rasa macam ada benda yang disembunyikan. Kadang-kadang pelanggan fikir mereka boleh selesaikan sendiri atau tak nak keluar duit lebih, tapi akhirnya bahaya tu yang jadi lebih besar.
Technician Pemanas Air Dedahkan Masalah Sebenar
Nasib baik kami tetap berkeras nak minta nombor telefon technician tu. Bila kami berjaya hubungi dia, semua cerita sebenar pun terbongkar. Ini apa yang technician tu bagitahu kami:
- Dia datang bulan lepas dan nampak wayar pemanas air dah terbakar.
- Tapi tuan rumah kata, dia dah panggil wireman untuk periksa.
- Masalah sebenarnya tak pernah dibaiki dan wayar pun tak diganti langsung.
- Kali ni, keadaan jadi lebih teruk dimana pemanas air tu sendiri pun dah terbakar, dan wayar neutral bawa 230V (sepatutnya kosong).
Bila kami buat ujian sendiri, memang betul wayar neutral ada 230 volt, yang sepatutnya tak patut berlaku langsung. Itu tanda jelas sistem pendawaian rumah dah rosak teruk dan pemanas air dah tak selamat digunakan.
Apa yang technician tu cakap memang sama dengan apa yang kami nampak. Jadi, yang tak jujur bukan technician tersebut. Yang sembunyikan kebenaran, tuan rumah sendiri.

Pemeriksaan Lanjut: Bukan Sekadar Pemanas Air
Lepas kami periksa water heater, kami terus buka Kotak DB (kotak agihan elektrik) dan jalankan ujian Megger untuk periksa keadaan wayar dalam rumah. Ujian Megger ni digunakan untuk uji kualiti penebat wayar dia boleh kesan sama ada wayar tu dah bocor arus, rosak, atau dah tua. Dari keputusan ujian, kami nampak jelas ada banyak wayar dalam rumah tu yang bocor arus elektrik.
Ramai orang cuba elak power trip dengan guna RCCB yang kurang sensitif, tapi itu sebenarnya bahaya. Bila RCCB terlalu rendah sensitif, dia tak dapat kesan kebocoran arus yang sebenar dan bila ada masalah serius macam litar pintas atau kebocoran arus ke tubuh anda, RCCB tu tak akan trip dan itu boleh mengancam nyawa.
Lepas tu, kami guna alat thermography untuk tengok suhu dalam DB box dan litar utama. Dengan alat ni, kami dapat lihat suhu setiap bahagian litar secara langsung. Kami dapati beberapa MCB dan wayar dah terlebih panas. Ini selalunya berlaku bila arus terlalu tinggi, beban tak seimbang, atau sambungan wayar yang longgar. Kalau dibiarkan, benda ni boleh menyebabkan DB box terbakar atau rosakkan peralatan elektrik. Selain itu, kami juga jumpa beberapa soket dan plug yang terlalu panas kemungkinan besar disebabkan oleh sambungan yang tak kemas, wayar yang dah tua, atau terlalu banyak peralatan digunakan serentak. Kalau panas berterusan macam tu, ia boleh rosakkan lapisan penebat wayar, pendekkan jangka hayat peralatan elektrik, dan dalam jangka panjang, boleh jadi punca litar pintas atau kebakaran.
Apa yang lebih mengejutkan, bila kami periksa susunan pendawaian rumah tu, kami dapati semua bilik dan lampu guna pendawaian yang ‘looping’ atau bersambung sesama sendiri. Dalam setiap bilik ada komputer, TV dan aircond, tapi semuanya berkongsi wiring yang sama. Ini sangat tak selamat. Sepatutnya, komputer dan TV boleh berkongsi satu litar, tapi aircond mesti ada litar khas sendiri. Tak boleh kongsi dengan peralatan lain atau bilik lain sebab ia guna arus tinggi masa mula hidup. Lebih teruk lagi, mereka guna banyak plug extension untuk tampung semua peralatan yang tambah lagi beban atas sistem yang dah sedia bermasalah tu.
Kesimpulannya, kalau masalah-masalah ni tak dibaiki dengan segera, bukan water heater saja yang jadi bahaya tapi seluruh sistem elektrik dalam rumah tu dah berada dalam risiko. Pemeriksaan menyeluruh macam ni memang sangat penting, lebih-lebih lagi kalau rumah dah lama, sering ada trip, atau kita sendiri tak pasti dengan keadaan wiring. Bahaya elektrik ni senyap-senyap datang tak nampak, tak berbunyi tahu-tahu saja dah terbakar atau rosakkan barang. Jadi, kalau ada tanda-tanda pelik atau wiring rumah anda dah lama tak diperiksa, jangan tunggu. Panggil juruelektrik yang berpengalaman untuk buat pemeriksaan lengkap sebelum sesuatu yang lebih serius berlaku.
Pemasangan Pendawaian Pemanas Air Yang Betul
Di Malaysia, cara yang betul untuk pasang water heater adalah seperti berikut:
- Pemanas air kena ada wiring khas, tak boleh kongsi dengan soket atau aircond. Maksudnya, satu laluan (cable) khas dari DB Box terus ke water heater.
- Guna wayar tembaga sekurang-kurangnya saiz 4mm² sebab water heater guna arus tinggi dan perlukan kabel yang boleh tahan beban.
- Pasang MCB sendiri, biasanya 16A, 20A atau 25A ikut berapa kuat kuasa water heater tu.
- Kena juga ada RCCB khas, biasanya 25A dengan sensitiviti 10mA. Tujuannya untuk kesan kebocoran arus, kalau ada arus bocor, RCCB akan trip serta-merta. Bahagian lain rumah tak terjejas, tapi water heater akan terputus untuk elak bahaya kejutan elektrik.
Ringkasnya, MCB lindung daripada arus lebih atau litar pintas. RCCB pula lindung bila ada kebocoran arus (macam arus bocor ke badan manusia atau ke tanah). Dua-dua ni penting untuk guna water heater dengan selamat.
Kenapa Guna Wireman Murah Boleh Jadi Bahaya
Ramai pilih wireman paling murah sebab nak jimat. Tapi akhirnya, kerja pun ikut harga banyak yang cincai dan tak ikut standard. Antara kesalahan biasa yang selalu jadi:
- Guna wayar terlalu nipis macam 1.5mm² atau 2.5mm², yang tak sesuai untuk tanggung beban water heater.
- Kongsi laluan wayar dengan aircond atau soket yang sepatutnya water heater kena guna laluan sendiri.
- Tak pasang MCB khas, kadang-kadang sambung terus ke litar lampu!
- Guna barang murah atau palsu yang cepat rosak dan tak selamat.
Mula-mula nampak macam tak ada masalah, tapi bila dah lama, kesannya boleh jadi serius. Wayar boleh jadi panas, penebat cair dan boleh berlaku litar pintas. MCB atau RCCB pula cepat rosak, kadang tak sampai setahun dah gagal berfungsi. Ada juga kes arus bocor perlahan-lahan dan bil elektrik naik tanpa kita sedar.
Paling bahaya, risiko terkena renjatan elektrik tu memang betul-betul wujud, boleh ancam keselamatan keluarga. Kalau nak selamat dan pastikan sistem tahan lama, jangan kedekut bab elektrik. Sentiasa upah tukang elektrik yang berpengalaman dan tahu buat kerja ikut spesifikasi yang betul.
Pemanas Air Selalu Trip atau Dah Lama? Periksa Sebelum Terlambat
Water heater ni memang kita guna setiap hari jadi keselamatan dia terus beri kesan pada keluarga. Jangan ambil ringan. Kalau pemanas air selalu trip, soket mula berbau hangit, atau wayar nampak lama dan panas, jangan tunggu sampai jadi apa-apa. Masalah macam kebocoran arus, beban berlebihan, atau pendawaian rosak boleh jadi punca kebakaran dan membahayakan nyawa.
Hubungi tukang elektrik yang betul-betul profesional untuk buat pemeriksaan penuh. Kami ada alat lengkap, pengalaman luas, dan boleh bantu semak semua dari wayar, soket sampai ke kotak DB. Kami akan kenal pasti masalah tersembunyi dan bagi penyelesaian paling selamat supaya pemanas air dan sistem elektrik rumah anda stabil dan selamat digunakan.
Jangan tunggu sampai dah terlambat.
Call atau WhatsApp Alex sekarang di 012-870 2699 untuk set temujanji.
Biar keluarga anda guna pemanas air dengan tenang dan selamat, tanpa risau pasal elektrik.




