Masalah Kecil di Rumah Pelanggan PJ: Kisah MCB Trip
Baru-baru ni, saya dapat panggilan dari seorang pelanggan di PJ, rumah teres dua tingkat. Dia bagitahu ada masalah sikit dengan elektrik dimana MCB yang paling kiri atas sekali asyik trip. Walaupun dia dah cuba naikkan balik MCB tu, tapi rumah masih takde elektrik. Jadi dia pun call kami untuk datang periksa.
Ramai tuan rumah bila jadi macam ni, mula-mula akan fikir “MCB rosak” atau “wayar tak pasang elok masa buat dulu”. Tapi sebenarnya, ada banyak sebab kenapa MCB boleh trip. Fungsi MCB ni memang untuk tutup elektrik secara automatik bila ada overload atau litar pintas, supaya tak rosakkan wayar atau peralatan elektrik kat rumah.
Kalau MCB asyik trip atau dah naikkan pun masih takde elektrik, mungkin ada masalah macam wayar terlebih beban, litar pintas atau sambungan longgar kat mana-mana.

Pemeriksaan Awal Masalah Wayar: Wayar MCB & ELCB Longgar
Lepas kami sampai rumah pelanggan, kami pastikan dulu semua peralatan elektrik dan beban utama dalam rumah dah tutup, supaya lebih selamat masa buat pemeriksaan. Bila saya buka DB box, saya perasan MCB yang trip tu ada dua wayar kongsi satu MCB. Lepas periksa dengan teliti, saya nampak ada beberapa wayar kat MCB tu tak ketat betul atau dah ada kesan haus sikit. Ini boleh buat arus elektrik tak stabil dan sebabkan MCB trip. Wayar kat ELCB pun sama longgar, tak pasang kemas.
Rumah pelanggan ni jenis rumah teres dua tingkat, jadi sistem pendawaian agak kompleks. Kat bawah ada lampu, soket dan pam air. Kat atas pulak ada aircond dan pemanas air. Jadi nak cari punca sebenar kenapa MCB trip, kami kena check satu-satu laluan wayar, pastikan semua sambungan ketat dan beban tak terlalu banyak kat satu-satu laluan.
Ramai orang suka lupa nak periksa laluan wayar kat tingkat atas atau bilik yang jauh, padahal masalah selalu tersorok kat situ. Masa periksa, kami dapati banyak laluan wayar dalam rumah ni guna sistem loop (bersambung). Contohnya, lampu dua bilik share laluan yang sama. Aircond kat master bedroom dan bilik kedua pun loop dalam laluan yang sama.
Langkah-langkah Betulkan Masalah Pendawaian
Sebagai wireman, biasanya kami akan ikut langkah-langkah macam ni:
- Tutup elektrik dulu – Pastikan DB box dan semua laluan wayar yang nak diperiksa takde elektrik, untuk keselamatan.
- Periksa wayar satu-satu – Tengok kalau ada wayar yang longgar, haus atau lembap sebab air.
- Semak beban elektrik – Pastikan setiap MCB tak tanggung beban terlalu banyak. Kalau beban terlalu tinggi, memang senang nak trip.
- Tukar atau baiki MCB – Kalau nampak MCB tu dah rosak atau wayar kat dalam tak sambung elok, saya akan terus tukar yang baru.
- Uji laluan wayar – Lepas semua dah ok, saya naikkan balik MCB dan uji satu-satu peralatan untuk pastikan semua jalan dengan baik.

Apa Tuan Rumah Boleh Buat Sebelum Panggil Wireman
Walaupun paling baik serahkan pada orang yang mahir, tuan rumah pun boleh buat sikit persiapan macam ni:
- Catat bila MCB trip – Tulis tarikh, masa, MCB mana yang trip dan masa tu ada guna tak alat elektrik besar macam aircond, water heater, atau mesin basuh.
- Label laluan wayar – Tanda dengan jelas kat DB box setiap MCB tu untuk laluan mana (contoh: lampu ruang tamu, soket dapur, aircond bilik utama). Ini mudahkan wireman cari punca masalah.
- Periksa peralatan elektrik – Tengok kalau ada plug, extension atau peralatan yang rosak atau berbau hangit. Kalau ada, cabut dulu dan jangan guna sampai dah pasti ok.
Dengan buat persiapan ni, kerja pembaikan pun jadi lebih cepat dan senang.
Tukang elektrik paling murah, akhirnya mungkin paling mahal
Ini masalah yang ramai orang tak perasan. Ramai pelanggan suka cari harga paling murah, rasa macam jimat banyak. Tapi sebenarnya, boleh jadi lagi rugi besar. Sebab nak jimat kos, tukang elektrik yang murah ni selalu buat macam ni:
- Guna wayar lama atau sisa wayar – Wayar kualiti rendah, cepat panas dan senang rosak, bahaya untuk jangka panjang.
- Pakai barang murah tak berkualiti – Contohnya switch, soket, MCB, RCCB yang tak ada jenama atau jenama cap ayam. Cepat rosak dan bila ada masalah, tak dapat lindung kita langsung.
- Loop sambungan sesuka hati – Contohnya, lampu dua bilik kongsi satu laluan. Bila satu rosak, dua-dua tak boleh pakai.
- Loop wayar bumi (ground) banyak point sekali – Ini paling bahaya. Kalau ada kebocoran arus atau litar pintas, sistem perlindungan bumi mungkin tak jalan langsung. Boleh sebabkan renjatan atau kebakaran.
Mula-mula nampak macam jimat ratus-ratus, tapi lama-lama rumah asyik trip, soket terbakar, atau lebih teruk – boleh terbakar atau kena renjatan.
Cara paling selamat ialah guna wayar dan barang yang betul, ikut laluan yang betul, dan buat kerja ikut standard. Jadi masa pilih tukang elektrik, jangan tengok harga semata-mata – tengok juga kualiti kerja dan keselamatan. Itu yang lebih penting.
Ada Masalah Pendawaian? Litar Pintas? Hubungi Alex 012 – 870 2699
Lepas kejadian kat rumah pelanggan ni, dia sendiri sedar dimana jangan kerana nak jimat ratus-ratus, korbankan keselamatan rumah. Pendawaian yang selamat dan penjagaan yang betul sangat penting. Kadang-kadang MCB trip nampak macam benda kecil, tapi sebenarnya boleh jadi tanda ada masalah besar macam wayar lama, sambungan longgar, atau beban terlalu tinggi.
Rumah teres dua tingkat pula, wayar banyak dan panjang, beban pun tinggi. Lagi penting untuk selalu periksa DB box dan laluan-laluan utama. Boleh juga buat ujian mudah macam test soket, semak penggunaan elektrik, dan kalau perlu, panggil wireman untuk buat ujian rintangan penebat (insulation resistance test) atau trace balik laluan wayar semua ni bantu pastikan keselamatan keluarga.
Kalau MCB tiba-tiba trip, jangan panik. Tutup dulu suis utama, lepas tu periksa satu-satu. Kalau tak pasti, lebih baik panggil orang yang tahu. Dengan cara yang betul dan kerja yang profesional, walaupun rumah besar atau sistem rumit, masih boleh dapat sistem elektrik yang stabil dan selamat.
Kalau rumah anda ada masalah litar, pendek litar, atau nak periksa sistem elektrik boleh terus hubungi Alex: 012 – 870 2699.




