Tukar Kotak DB di Kelana Jaya – Elak Risiko Kebakaran
Kotak DB lama rumah anda masih selamat ke? Ramai pemilik rumah di Kelana Jaya, terutamanya rumah yang dibina sekitar tahun 60-an dan 70-an, masih guna kotak DB (Distribution Board) yang asal sejak rumah dibina. Tapi zaman dah berubah. Sekarang kita pakai lebih banyak peralatan elektrik berbanding dulu. Malangnya, kotak DB lama ni tak direka untuk tanggung beban elektrik yang tinggi macam sekarang.
Guna soket tambahan boleh jadi bahaya. Kebanyakan rumah lama ada soket elektrik yang terhad. Jadi ramai orang guna sambungan soket panjang (extension plug), siap cucuk sampai 5 ke 10 alat elektrik dalam satu masa. Ini sangat bahaya, sebab boleh sebabkan wayar panas, fius meletup atau lebih teruk, kebakaran elektrik. Bila jadi waktu malam masa semua tengah tidur, lagilah susah nak sedar.
Naik taraf ke kotak DB moden sangat disyorkan sebab:
- Kurangkan risiko kebakaran
- Boleh tambah soket baru dengan selamat
- Sistem lebih stabil dan selamat
Kalau rumah anda di Kelana Jaya masih guna kotak DB lama, ini masa yang sesuai untuk tukar. Ini bukan soal ikut undang-undang je, tapi soal keselamatan keluarga dan harta anda.
Komponen Penting Dalam Kotak DB Rumah di Kelana Jaya
Kotak DB atau distribution board ialah pusat utama sistem elektrik dalam rumah anda. Semua tenaga elektrik dari sumber utama akan masuk ke sini sebelum diagihkan ke setiap ruang rumah. Kalau anda tinggal di Kelana Jaya dan sedang rancang nak naik taraf sistem elektrik, ini antara komponen penting dalam kotak DB moden yang anda perlu tahu:
1. Miniature Circuit Breaker (MCB)
MCB berfungsi untuk lindungi litar daripada kerosakan disebabkan beban lebih atau litar pintas.
Biasanya kami guna MCB C6 untuk lampu dan kipas serta MCB C16 untuk soket kuasa.
Fungsi: Akan potong bekalan elektrik secara automatik bila berlaku beban berlebihan atau litar pintas.
2. RCCB (Residual Current Circuit Breaker)
Dalam sistem moden, RCCB dah ganti ELCB yang lama. Ramai masih panggil ELCB tapi nama sebenar yang tepat sekarang ialah RCCB.
Kami guna RCCB 40A 30mA untuk soket kuasa dan 40A 100mA untuk lampu dan kipas.
Fungsi: Kesan kebocoran arus elektrik antara wayar hidup dan neutral bagi elak kejutan elektrik.
3. Suis Utama (Main Switch)
Kami pasang suis pemutus 63A double pole sebagai suis utama dalam kotak DB.
Fungsi: Untuk matikan bekalan elektrik ke seluruh kotak DB semasa penyelenggaraan atau kecemasan.
4. Busbar
Busbar ialah penghubung utama yang agihkan arus elektrik dari suis utama ke setiap MCB.
Material: Biasanya dibuat dari tembaga sebab tembaga sangat baik untuk pengaliran elektrik.
Fungsi: Pastikan arus elektrik diagih dengan sekata dan stabil ke semua litar.
5. Surge Protection Device (SPD)
SPD dipasang bersama sistem pembumian untuk lindungi rumah dari lonjakan voltan secara tiba-tiba.
Fungsi: Lindungi peralatan dan pendawaian dari kerosakan akibat kilat atau gangguan voltan.
6. Kotak DB (Jenis Plastik atau Metal Clad)
Ini ialah bahagian luar yang menempatkan semua komponen tadi.
Material: Ada yang diperbuat daripada logam (lebih tahan panas dan tahan lama) atau plastik berkualiti tinggi (untuk penebatan).
Fungsi: Lindungi semua bahagian dalaman dari habuk, lembapan dan sentuhan tidak sengaja.
Kalau anda nak pastikan rumah di Kelana Jaya selamat dan ikut piawaian elektrik semasa, pastikan kotak DB anda guna komponen yang berkualiti dan dipasang dengan betul.
Di kawasan Kelana Jaya, kami hanya gunakan jenama yang memang terbukti berkualiti seperti EPS, Maxguard, ABB dan Hager bergantung pada bajet dan pilihan pelanggan. Tapi kalau bajet terlalu rendah sampai kena guna barang murah yang tak selamat, kami akan tolak sebab kami tak mahu kompromi dari segi keselamatan elektrik dan kualiti kerja.
Bila anda pilih MCB dan RCCB original, prestasi dia boleh tahan sampai 20 tahun kalau dipasang dengan betul. Ramai orang tak tahu bahaya bila campur pelbagai jenama dan guna komponen murah. Dari luar mungkin nampak okey tapi sebenarnya itu boleh jadi risiko besar. Kotak DB yang selamat mesti guna komponen yang serasi dan ikut piawaian, bukan campur-campur ikut suka hati. Kalau nak buat betul buat sampai selamat.

Kenapa Kotak DB Lama di Rumah Kelana Jaya Tak Mampu Tanggung Beban Elektrik Sekarang
Zaman dulu ramai keluarga di Kelana Jaya tidur sebilik dengan anak-anak kecil. Tapi sekarang bila anak dah besar, setiap orang ada bilik sendiri. Dalam setiap bilik pula penuh dengan alat elektrik seperti aircond, komputer, printer, TV, iPad, iPhone dan kadang-kadang siap ada sound system.
Perubahan gaya hidup ni buatkan penggunaan elektrik jadi makin tinggi. Bila semua alat ni guna serentak, sistem elektrik rumah pun terpaksa kerja lebih kuat. Kalau kotak DB masih jenis lama dan tak pernah dinaik taraf, risiko trip, wayar panas atau kebakaran elektrik jadi lebih tinggi.
Bekerja Dari Rumah Tambah Lagi Beban
Sejak PKP dulu ramai mula kerja dari rumah. Sekarang satu rumah boleh ada 4 orang guna aircond, laptop dan telefon dalam bilik masing-masing pada masa yang sama. Ini bagi tekanan besar pada sistem elektrik lama yang tak direka untuk beban berat macam ni.
Soket Terlalu Banyak Sambungan
Ramai orang cucuk banyak peralatan guna extension plug dari satu soket je. Ini boleh jadi punca utama wayar panas, fius rosak dan kalau serius boleh jadi punca kebakaran. Lagi bahaya kalau kotak DB anda tak mampu lindungi sistem dengan betul.
Peralatan Moden Guna Lebih Banyak Kuasa
Sekarang hampir semua rumah ada peralatan yang guna kuasa tinggi seperti autogate, air fryer, juicer, water purifier, mesin basuh besar dan oven. Semua ni tarik arus tinggi yang kotak DB lama tak mampu nak tanggung.
Kalau anda tinggal di Kelana Jaya dan kotak DB rumah tak pernah tukar sejak beli rumah dulu, mungkin dah sampai masa untuk semak balik. Naik taraf kotak DB bukan setakat untuk keselesaan tapi juga untuk keselamatan keluarga dan rumah anda.
12 Masalah Biasa Kotak DB di Rumah-Rumah Kelana Jaya
Ramai pemilik rumah di Kelana Jaya alami masalah elektrik tapi tak sedar puncanya adalah kotak DB lama atau terlebih beban. Bila rumah makin lama dan peralatan makin bertambah, sistem elektrik lama mula tak mampu nak tampung semua tu. Kami dah bantu ramai pelanggan di Kelana Jaya yang selalu hadapi trip elektrik dan pendawaian tak selamat hanya sebab DB box dah terlalu lama.
Berikut ialah 12 tanda amaran yang mungkin menunjukkan kotak DB anda perlu naik taraf atau tukar baru:
1. Rumah Dah Lebih 20 Sampai 50 Tahun
Rumah lama selalunya masih guna kotak DB asal yang tak sesuai untuk beban elektrik zaman sekarang.
2. Trip Masa Hujan Lebat atau Kilat
Kalau elektrik selalu trip masa cuaca buruk, mungkin DB tak ada perlindungan surge atau sistem pembumian yang betul.
3. Aircond Buat Elektrik Trip
Biasanya berlaku bila DB terlebih beban atau MCB dah lemah.
4. Mesin Basuh Tripkan Elektrik
Peralatan yang guna kuasa tinggi selalunya susah nak jalan dengan DB lama.
5. Peralatan Dapur Buat DB Trip
Kalau oven, hood atau hob asyik buat DB trip, sistem elektrik dapur mungkin perlu dinaik taraf ikut peralatan baru.
6. Vacuum Cleaner Buat Elektrik Terputus
Lonjakan arus mendadak boleh tunjuk MCB tak stabil atau pendawaian tak kemas.
7. Guna Lebih Banyak Peralatan dari Sebelum
TV, pengecas, air fryer, komputer, penapis air dan lain-lain semua ni tambah beban elektrik yang DB lama tak mampu tampung.
8. Wayar Dalam DB Berselirat
Wayar yang berterabur dalam DB susah nak dikesan kalau ada masalah dan boleh tingkatkan risiko litar pintas.
9. Tak Ada Label atau MCB Berasingan
Tanpa label dan pemutus individu, susah nak cari punca masalah bila berlaku trip. Ini juga boleh jadi bahaya masa kecemasan.
10. Tiada ELCB atau RCCB
Kalau tiada alat perlindungan kebocoran arus dalam DB, risiko kejutan elektrik jadi sangat tinggi terutamanya di bilik air atau dapur.
11. Banyak Wayar Sambung pada Satu MCB
Bila lebih dari satu litar sambung pada satu MCB, ia tak selamat. Boleh sebabkan wayar panas dan sambungan longgar.
12. Ada Bau Hangit Dekat DB
Kalau hidu bau hangit atau terbakar dekat kotak DB, itu tanda ada sambungan longgar atau MCB terlalu panas. Jangan ambil ringan tanda ni.
Kalau anda perasan salah satu tanda ni dekat rumah di Kelana Jaya, eloklah buat pemeriksaan atau naik taraf kotak DB sebelum jadi masalah yang lebih besar.
Dah Sampai Masa Naik Taraf Kotak DB atau Selesai Masalah Elektrik di Kelana Jaya?
Kalau kotak DB rumah anda di Kelana Jaya asyik trip, nampak lama, tak mampu tampung semua peralatan elektrik atau tak cukup ruang untuk tambah soket baru, mungkin dah sampai masa untuk semak semula sistem elektrik rumah anda.
Sama ada anda perlukan baik pulih cepat atau naik taraf penuh kotak DB, team kami yang berpusat di Kelana Jaya sedia bantu dengan kerja yang selamat, kemas dan ikut piawaian.
Kami juga sediakan pelbagai servis elektrik untuk rumah dan kedai sekitar Kelana Jaya termasuk:
- Sistem pembumian dan grounding
- Mengesan dan baiki masalah elektrik
- Pemeriksaan pendawaian rumah baru
- Pemasangan pendawaian untuk autogate
- Ujian rintangan penebat (Megger test)
- Pendawaian penuh rumah baru atau lama
- Sistem Lightning Strike Trap (LST)
- Perlindungan kilat dan surge
- Setup dan servis sistem pembumian
Untuk servis elektrik yang boleh dipercayai di Kelana Jaya
Hubungi Alex sekarang di 012-870 2699