Pembaikan Elektrik Cepat & Boleh Dipercayai
Ada masalah elektrik di rumah atau kedai anda di Kapar, Klang? DB asyik trip bila guna aircond? Soket terbakar atau lampu tak menyala? Jangan tunggu sampai jadi lebih serius – Mr Electrician sedia membantu anda dengan servis yang cekap, selamat, dan mesra bajet.
Kami berkhidmat di seluruh Kapar termasuk Taman Kapar Indah, Batu 5, Jalan Kapar, dan kawasan perumahan serta perniagaan berhampiran.
Servis Elektrik di Kapar Klang
Kami tawarkan servis elektrik lengkap untuk rumah, kedai dan pejabat termasuk:
- Baiki DB box yang kerap trip
- Troubleshooting blackout satu rumah atau kedai
- Pendawaian baru & wiring semula untuk bangunan lama
- Pemasangan kipas siling, lampu, downlight
- Tambah soket, suis baru & soket USB
- Pemasangan pengecas EV (kereta elektrik)
- Baiki sistem wiring autogate & control panel
- Pasang CCTV, loceng video & sistem penggera
- Pencahayaan solar untuk luar rumah atau garaj
- Pemeriksaan keselamatan elektrik secara berkala
- Bil tiba-tiba tinggi
Kami juga boleh sediakan pakej khas untuk rumah baru atau projek renovate.
Kenapa DB Selalu Trip di Rumah Anda?
Masalah DB trip memang biasa di kawasan Kapar, terutamanya rumah yang sudah berusia. Antara puncanya:
- Beban terlalu tinggi pada satu litar
- Pendawaian lama atau reput
- Suis utama rosak atau longgar
- Litar pintas bila guna peralatan tertentu
Kami akan periksa sistem elektrik secara menyeluruh dan baiki punca sebenar untuk elakkan kejadian bahaya.

Sistem Pembumian (Earthing) – Penting untuk Keselamatan Rumah
Ramai rumah lama di Kapar belum ada sistem pembumian yang lengkap atau masih guna sistem lama. Fungsi pembumian yang betul ialah:
- Elak kejutan elektrik semasa ribut petir
- Lindungi peralatan rumah daripada arus berlebihan
- Kurangkan risiko kebakaran
- Pastikan sistem elektrik lebih stabil dan tahan lama
Kami boleh semak, pasang atau naik taraf sistem pembumian ikut piawaian Suruhanjaya Tenaga dengan bahan berkualiti seperti rod tahan karat.
Kenapa Penduduk Kapar Pilih Mr Electrician?
- Lebih 15 tahun pengalaman di Klang
- Temujanji cepat & kerja siap ikut masa
- Harga jelas – tiada caj tersembunya
- Guna komponen berkualiti & kerja ikut spesifikasi yang ditetapkan
- Servis mesra pelanggan, profesional & bersih
Kami uruskan kerja kecil dan besar – dari tukar suis hingga wiring satu rumah.
Kawasan Liputan Sekitar Kapar
Kami berkhidmat di lokasi berikut:
- Taman Kapar Indah
- Batu 5 Kapar
- Taman Kapar Jaya
- Jalan Kapar
- Taman Sungai Kapar Indah
- Kawasan perindustrian & kampung sekitar
Cara Tempah Juruelektrik di Kapar
Langkah 1: Call atau WhatsApp kami
Beritahu apa masalah elektrik anda – DB trip, soket rosak, dsb.
Langkah 2: Bincang masalah
Kami akan tanya beberapa soalan dan beri anggaran harga.
Langkah 3: Juruelektrik datang ke lokasi
Kami akan baiki dengan cara profesional & selamat.
Jangan Biarkan Masalah Elektrik Berlarutan
Kalau anda perasan ada masalah elektrik, lebih baik baiki segera sebelum jadi bahaya. Serahkan pada Mr Electrician – juruelektrik berpengalaman di Kapar Klang.
Hubungi sekarang: 012-870 2699
WhatsApp: www.wasap.my/60128702699