Perlindungan Lonjakan Kuasa (Surge Protection)
Lonjakan kuasa/ power surge berlaku bila voltan naik melebihi paras normal dari sepatutnya dan kekal tinggi untuk seketika atau lebih lama. Ini boleh sebabkan wayar dalaman jadi panas melampau, rosak, atau terbakar — dan boleh jadi punca kebakaran serta bahayakan keselamatan yang serius. Lonjakan kuasa ni juga boleh merosakkan peralatan mahal seperti elektronik, dan lebih-lebih lagi sistem sensitif macam autogate yang boleh rosak terus kalau tak dilindungi dengan betul. Tanda-tanda kecil macam lampu berkelip pun boleh jadi amaran awal bahawa voltan di rumah anda tak stabil.
Tanda-tanda biasa berlakunya lonjakan kuasa termasuk lampu berkelip atau jadi malap, peralatan elektronik reset atau mati secara tiba-tiba, bau hangit dari soket, suis trip, bunyi berdengung, barang elektronik tak berfungsi, dan kesan hangus pada plug atau soket. Kalau anda perasan mana-mana tanda ni, cepat-cepat ambil tindakan sebelum keadaan jadi lebih teruk.
Jangan ambil mudah soal keselamatan. Kalau anda nampak lampu berkelip atau syak ada lonjakan kuasa, hubungi Mr. Electrician di 012-870 2699 untuk pemeriksaan pakar dan penyelesaian perlindungan lonjakan yang boleh dipercayai.
Fahami Lonjakan Kuasa (Power Surges) dan Kepentingan Perlindungan Lonjakan (Surge Protection)
Ada banyak faktor yang boleh sebabkan lonjakan kuasa, di mana arus elektrik yang berlebihan mengalir masuk ke papan suis dan peralatan elektrik anda. Salah satu punca paling biasa ialah:
Gangguan elektrik: Masa blackout, bekalan elektrik terputus — tapi bila bekalan disambung semula, ada lonjakan kuasa secara tiba-tiba yang boleh mengalir masuk ke dalam sistem. Lonjakan kuasa yang mengejut ni boleh rosakkan peralatan dan sistem yang sensitif macam autogate, router Wi-Fi, peti sejuk dan macam-macam lagi.
Kami dah jumpa banyak kes di mana autogate, modem router, peti sejuk, pam air, lampu tiang luar rumah dan lampu tertentu terus tak berfungsi lepas berlaku gangguan elektrik di kawasan tu. Ada pelanggan yang jujur terus beritahu kami yang pihak pembekal elektrik tengah buat kerja servis. Tak lama lepas elektrik disambung semula, beberapa peralatan terus rosak terbakar.
Ada juga sesetengah pelanggan yang agak susah dan cuba minta kami ganti barang yang rosak secara percuma dengan tak bagitahu tentang masalah sebenar. Bila sembunyikan maklumat atau tak cerita perkara sebenar, ia cuma menyusahkan tidak dapat baiki masalah dengan betul. Kalau anda bagitahu dari awal, kami boleh selesaikan masalah dengan cepat dan tepat — jimat masa dan elak kos yang tak perlu. Kadang-kadang, kami tahu cerita sebenar pun dari jiran sebelah yang datang gosip. Lonjakan kuasa tiba-tiba masa sambungan semula elektrik macam ni memang boleh merosakkan peralatan elektrik dengan teruk, lebih-lebih lagi kalau tiada sistem perlindungan lonjakan/ surge protection yang betul.
Panahan Petir: Bila kilat menyambar kabel elektrik atau pencawang elektrik berhampiran, ia boleh menyebabkan lonjakan kuasa/ power surge yang memberi kesan kepada rumah-rumah di kawasan sekitar. Peralatan luar rumah biasanya jadi mangsa pertama, macam pam air akuarium, sistem autogate, dan peralatan elektrik luar yang lain. Kalau petir sambar rumah anda secara langsung, ia boleh rosakkan sistem elektrik dengan lebih teruk, malah boleh musnahkan peralatan elektrik didalam rumah juga.
Lonjakan Dalam Rumah: Turun naik kuasa elektrik memang biasa berlaku dalam rumah. Setiap kali peralatan elektrik besar dihidupkan atau ditutup, ia boleh sebabkan lonjakan yang menganggu soket, suis, dan sistem lain dalam rumah. Sebab tu kami sangat tak galakkan guna peralatan murah yang tak ada sijil keselamatan atau kelulusan dari pihak berkuasa.
Wiring Bermasalah: Wayar dalam rumah ni ibarat salur darah dalam badan kita. Kalau guna wayar yang terlalu murah dan tak berkualiti, lama-lama penebat getah luaran dia boleh rosak dan menyebabkan litar pintas bila bersentuh dengan bahagian logam. Kadang-kadang, wayar tu ada masalah tak konsisten — arus elektrik tersekat dekat satu-satu tempat, lepas tu tiba-tiba lepas dengan kuat, macam lonjakan kuasa yang laju. Selain tu, bila kita hidupkan peralatan yang guna kuasa tinggi, itu pun boleh sebabkan lonjakan kuasa berlaku.
Beban Kuasa Elektrik Terlebih: Beban kuasa elektrik terlebih berlaku bila satu litar menarik lebih banyak kuasa daripada yang boleh ditampung dengan selamat. Ini selalu berlaku sebab penggunaan kabel sambungan yang berlebihan atau sambungkan banyak peralatan berkuasa tinggi pada satu soket. Contoh biasa ialah bila periuk nasi, cerek, dan microwave semua disambungkan pada satu kabel sambungan. Set up macam ni yang melebihi kapasiti sepatutnya dan boleh menyebabkan pemanasan berlebihan serta breaker MCB selalu trip.
Lepas berlakunya beban lebih, lonjakan kuasa akan terjadi. Lonjakan ni terjadi bila aliran elektrik terputus dan disambung semula secara tiba-tiba, yang menyebabkan voltan naik mendadak. Peralatan dan elektronik yang sensitif boleh rosak jika selalu terdedah kepada turun naik voltan macam ni.
Macam Mana Nak Elak Lonjakan Elektrik
Ada banyak cara berkesan untuk elak lonjakan elektrik dalaman. Cara paling mudah ialah jangan sambung terlalu banyak peralatan yang guna kuasa tinggi pada satu plug extension. Sentiasa guna extension yang berkualiti dan ada sijil SIRIM. Pastikan jumlah beban tak melebihi had yang ditetapkan. Elakkan guna peralatan berat macam microwave, cerek elektrik, dan periuk nasi serentak pada satu extension. Amalan mudah macam ni boleh bantu lindungi barang elektrik kita daripada rosak sebab lonjakan elektrik dalaman.
Lonjakan elektrik dari luar (external surge) jarang berlaku, tapi boleh jadi masa cuaca buruk macam ribut kilat. Untuk kurangkan risiko, elok cabut plug peralatan sensitif masa adanya hujan lebat serta kilat. Tapi, ada juga sistem yang tak boleh dimatikan, contohnya pam air akuarium atau sistem autogate, sebab boleh bahayakan ikan atau susahkan kita nak keluar masuk rumah.
Untuk kes macam ni, paling baik pasang pelindung lonjakan khas untuk peralatan luar rumah. Alat ni boleh tahan voltan berlebihan sebelum sampai ke barang elektrik kita. Kalau nak perlindungan penuh, boleh juga pasang pelindung lonjakan surge untuk seluruh rumah supaya satu sistem elektrik rumah dilindungi dari lonjakan luar.
Pelindung Lonjakan/ Surge Protectors (SPD): Perlu Ke Sebenarnya?
Pelindung Lonjakan (SPD) – juga dikenali sebagai spike suppressor, surge suppressor, atau surge diverter – adalah alat penting untuk lindungi peralatan elektrik daripada lonjakan voltan dalam litar elektrik AC. Walaupun lonjakan kuasa ni berlaku sekejap je (kurang dari satu mikro saat), voltan dia boleh jadi sangat tinggi dan akan rosakkan peralatan elektronik yang sensitif, sama ada serta-merta atau perlahan-lahan. SPD ni berfungsi dengan halang lonjakan tiba-tiba dan alirkan lebihan voltan tu ke tempat yang selamat, supaya ia tak sampai dan rosakkan peralatan kita.
Ada orang mungkin ragu-ragu tentang keberkesanan pelindung lonjakan/ surge protector, terutamanya bila berlaku lonjakan besar yang mungkin tak dapat dilindungi sepenuhnya. Memang betul, pelindung lonjakan bukan benda wajib untuk peralatan berfungsi, tapi ia sangat penting untuk perlindungan. Tanpa pelindung lonjakan, peralatan macam TV, komputer, sistem autogate, dan barang elektronik lain boleh rosak terus bila berlaku lonjakan elektrik. Kalau pun tak rosak terus, lonjakan kecil yang berulang-ulang boleh buat jangka hayat peralatan jadi pendek, prestasi makin teruk, atau data rosak. Pendek kata, pelindung lonjakan ni satu bentuk perlindungan yang murah tapi boleh jimatkan kos baik pulih atau ganti barang jika berlaku kerosakan.
Lindungi Rumah Anda dengan Pelindung Lonjakan / Surge Protection Device (SPD)
Ramai pemilik rumah tertanya-tanya, perlu ke sebenarnya pasang pelindung lonjakan/ surge protector untuk seluruh rumah, sedangkan extension plug yang ada perlindungan pun banyak dijual. Tapi, perlindungan dari plug jenis tu cuma untuk peralatan yang disambungkan padanya sahaja. Berbeza dengan tu, pelindung lonjakan seluruh rumah dipasang dekat papan utama elektrik (main switch board). Ia bagi perlindungan menyeluruh terhadap lonjakan voltan, sama ada dari dalam rumah sendiri atau dari luar. Kalau tak dipasang, sistem elektrik satu rumah masih terdedah kepada risiko kerosakan akibat lonjakan kuasa yang besar.
Dengan servis perlindungan lonjakan elektrik/ surge protection services dari Mr Electrician, anda boleh lindungi rumah, sistem elektrik, dan peralatan berharga dari lonjakan elektrik yang paling teruk. Tidur lena tahu keluarga dan peralatan anda selamat.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Mr Electrician di 012–870 2699 atau WhatsApp kami hari ini.
Perkhidmatan Kami
Kami Menjaga Semua Jenis Masalah Elektrik
Pembaikan Elektrik
Pemeriksaan Keselamatan Elektrik
Penyelesaian Masalah Elektrik
Baiki Litar Pintas
Pendawaian Elektrik
Perlindungan Lonjakan Voltan
Naik Taraf Kotak Agihan
Penjimatan Elektrik
Pemasangan Pengecas EV
Pemasangan Lampu Solar
Pemasangan Autogate
Pemasangan Lampu
Pemasangan Kipas Siling
Pemasangan Pemanas Air
