Naik taraf Kotak Agihan Elektrik (DB) Kotak Fius

Kotak agihan elektrik — juga dikenali sebagai panelboard, breaker panel, panel elektrik, kotak fius, kotak DB, pusat beban, unit pengguna, panel servis, atau papan panel elektrik — memainkan peranan penting dalam mana-mana rumah atau pejabat. Ia berfungsi sebagai pusat utama sistem elektrik, mengarahkan dan mengawal aliran elektrik ke seluruh bangunan. Secara ringkasnya, ia berfungsi seperti otak bagi rangkaian elektrik anda.

Pemasangan yang betul sangat penting untuk mengelakkan masalah wiring yang berulang, elektrik trip yang kerap, dan kegagalan sistem. Namun, banyak rumah lama di Selangor dan Kuala Lumpur masih menggunakan kotak agihan elektrik (DB) yang sudah usang, yang juga dikenali sebagai kotak panel elektrik atau panel agihan.

Kotak DB yang semakin lama ni sering kali susah nak tampung banyak kuasa elektrik dengan gaya hidup moden, banyak peralatan yang canggih. Peralatan seperti aircond, pam air, oven, pemanas air, komputer, dan TV memerlukan lebih banyak kuasa daripada sistem lama ni boleh berfungsi dengan selamat.

Dengan permintaan elektrik yang semakin meningkat di rumah dan bangunan, menaik taraf panel elektrik anda jadi semakin penting. Tanpa naik taraf, panel yang lama boleh jadi terlalu beban, yang boleh membawa kepada risiko keselamatan dan menurunkan prestasi peralatan elektrik anda.

Sebab Kenapa Perlu Pertimbangkan Menaik Taraf Kotak DB Lama Anda

Ada banyak sebab kenapa anda patut fikirkan untuk tukar panel elektrik lama (kotak DB) anda.
Fikirkan sekejap — kalau rumah anda dibina 20 tahun lepas, mungkin masa tu anak-anak anda masih kecil. Sekarang mereka dah besar, dan setiap seorang dah tambah lebih banyak peralatan elektrik dalam bilik mereka — komputer, aircond, charger, lampu, mungkin juga pemanas air mereka sendiri.

Tak selamat untuk terus sambung soket atau lampu tambahan dari titik kuasa yang ada. Dan kalau anda tarik wayar baru sampai ke kotak DB tapi sambung ke MCB lama yang sama, bersama wayar-wayar lain, itu lebih bahaya. Anda membebankan satu MCB sahaja, dan itu boleh menyebabkan risiko serius seperti terlalu panas atau kebakaran.

Setiap litar — seperti air-cond, pemanas air, atau soket bilik — perlu ada MCB sendiri. Dengan cara tu, beban elektrik boleh dibahagikan dengan betul, dan sistem elektrik anda kekal selamat dan berkesan.
Satu lagi sebab penting untuk menaik taraf kotak DB anda adalah keadaan MCB. Banyak MCB lama dah tak memenuhi piawaian zaman sekarang. Ada yang dah longgar, dan ada juga yang guna teknologi lama yang mungkin tak trip dengan betul bila berlaku masalah. Ini satu isu keselamatan yang serius.

Selain itu, banyak kotak DB lama dibuat dari plastik, yang menjadi reput dan mudah pecah dengan lama kelamaan. Sebenarnya, dalam banyak rumah yang kami periksa, penutup kotak DB dah retak atau pecah, sampai wayar dalamnya terdedah — yang bukan saja tak selamat, malah tak elok dipandang.

Tukar kotak DB lama anda dengan unit metal moden bukan saja tingkatkan keselamatan, tapi juga memberi ketenangan fikiran bahawa sistem elektrik anda dah sedia untuk menangani keperluan zaman sekarang.

Kami Telah Bekerja Dengan Ribuan Panel Elektrik

Kami telah bekerja pada ribuan panel elektrik sepanjang tahun, banyak daripadanya dibuat daripada plastik. Salah satu masalah biasa yang kami jumpa adalah pintu atau penutup yang pecah, yang menyebabkan wayar hidup terdedah — ini sangat berbahaya dari segi keselamatan. Selain itu, kami selalu jumpa bahawa empat skru yang digunakan untuk mengikat panel ini sama ada longgar atau hilang terus.

Masalah lain yang sering berlaku adalah pemegang MCB yang longgar dan tak trip dengan betul bila perlu. Kami juga kerap jumpa kabel yang disambung dengan teruk dan skru terminal yang longgar, yang boleh menyebabkan terlalu panas dan masalah elektrik.

Sebab tu, kami biasanya syorkan untuk naik taraf kepada kotak agihan metal yang lebih tahan lama dan tahan lasak. Pemasangan kami termasuk panel dengan kapasiti yang cukup besar dan ruang tambahan, memberi tempat untuk pengembangan dan penambahan pada masa depan. Pendekatan ni memastikan anda tak perlu tukar kotak agihan setiap beberapa tahun apabila keperluan elektrik anda semakin meningkat.

Untuk komponen utama seperti RCCB, suis utama, dan MCB, kami biasanya guna jenama yang dipercayai seperti Hager dan ABB. Untuk pelanggan yang utamakan perlindungan lebih, kami juga pasang Peranti Perlindungan Lonjakan Kuasa/ Surge Protection Devices (SPD) untuk lindungi keseluruhan sistem elektrik daripada lonjakan voltan/ power surge dan panahan kilat.

Jika anda terus menggunakan kotak fius elektrik atau panel breaker yang lama dan ketinggalan zaman, ia boleh memberikan beban berlebihan, yang boleh menyebabkan:

1. Wayar menjadi terlalu panas
2. Titik sambungan menjadi terlalu panas
3. Boleh menyebabkan risiko kebakaran

Untuk elakkan bahaya ini dan pastikan sistem elektrik rumah anda memenuhi keperluan kuasa yang semakin meningkat, hubungi Mr. Electrician untuk naik taraf upgrade panel elektrik profesional di Selangor dan Kuala Lumpur.

Kami pasang kotak kawalan agihan (DB) berkualiti tinggi, MCB, RCCB, SPD, dan suis utama, serta susun semula semua wiring dengan teliti. Jika wayar yang ada sekarang terlalu pendek, kami akan panjangkan menggunakan sambungan kabel dan pastikan ia dipasang dengan betul menggunakan penebat tiub pengecutan haba (heat shrink tubing).

Setiap wayar disusun dengan kemas dan disambung dengan selamat, memastikan keselamatan maksimum, prestasi yang baik, dan kebolehpercayaan jangka panjang untuk keseluruhan sistem elektrik anda.

Tukar Kotak DB Lama Anda Sekarang

Adakah anda risau kotak fius di rumah anda sudah terlalu lama dan tidak lagi memenuhi keperluan elektrik harian anda? Kami boleh memeriksa sistem elektrik sedia ada di rumah anda dan cadangkan sistem elektrik baru yang sesuai dengan keperluan anda. Untuk tukar kotak DB, kami biasanya menggunakan kotak Metalclad DB kerana ia lebih tahan lama berbanding jenis PVC. Kami juga boleh pasang suis utama, peranti perlindungan lonjakan/ surge protection device (SPD), dan MCB dengan penarafan arus yang sesuai. Di Malaysia, sistem wiring bumi direka untuk mengekalkan tahap rintangan bumi yang selamat, biasanya di bawah 10 ohm. Jika sistem wiring bumi anda tidak memenuhi peraturan ini, kami boleh bantu dengan memasang batang bumi untuk mencapai bacaan di bawah 10 ohm. Untuk naik taraf panel elektrik atau tukar breaker, hubungi kami hari ini untuk anggaran percuma! Hubungi Mr. Electrician di 012 – 870 2699 sekarang.

Perkhidmatan Kami

Kami Menjaga Semua Jenis Masalah Elektrik